SEJARAH KERAJAAN KUNO DI PERAK, MALAYSIA


SEJARAH ASAL USUL GANGGA NEGARA BERUAS DAN MANJUNG


  •  BELUKAR SAMBANG/ BERUAS

Sebenarnya amat sedikit yang kita ketahui mengenai  Gangga Negara, Berus, dan Manjung. Banyak lagi yang menyelubungi ketiga-tiga kerajaan kuno itu yang masih belum dapat dibongkar.

Nama BERUAS mengikuti Husain Muhmud  dipercayai berasal dari nama jenis tumbuhan yang banyak terdapat di daerah tersebut. Berdasarkan sejarah lisan lokasi Beruas asalnya terletak di Pangkalan Baru karena di situ terdapat banyak tanaman Beruas. Dan sekarang dikenal dengan nama BELUKAR SAMBANG. Menurut KAMUS DEWAN (Malaysia) sambang antara lain membawa erti sejenis tumbuhan renek; sarang lebah yang sudah kosong. Sambang juga bermakna gersang.

Pada masa dahulu di kawasan itu memang terdapat satu kawasan yang dipenuhi pokok-pokok kecil dan rendang (Indonesia; rindang). Pernah di kawasan itu ditanami padi tetapi tidak menjadi. Mulai dari situlah masyarakat setempat menamakan tempat itu BELUKAR SAMBANG (Raja Sabaruddin Abdullah, 1986:9).

Walaupun nama BELUKAR SAMBANG itu tidak kekal apabila penduduk disekitarnya mendapati sejenis pokok lain yang banyak tumbuh disekitar belukar itu. pokok itu dikenal dengan nama BERUAS. Pokok Beruas ini menyerupai pokok manggis. Malahan buahnya juga menyerupai buah manggis. Tampak dibahagian bawah buah itu seperti beruas-ruas. Isi buah beruas itu juga tersusun rapi bagaikan ada ruas ruas terentu.

Berdasarkan satu sumber lagi (Jalil Miran, 1986: 3) mengatakan bahwa Beruas telah dibuka oleh seorang anak raja dari Aceh bernama Malik Al-Mansur. Yang diusir keluar dari istana Aceh karena perbuatan sumbangnya. Beliau dan penngikut-pengikutnya bertolak dari Aceh dan singgah di Beruas. Semasa beristirahat di tebing sungai Beruas Baginda bersandar pada sebatang pokok, dan beliau diberitahu bahwa itu pokok Beruas.  Sumber cerita itu dipercayai karena disekitar kawasan tersebut memang terdapat banyak batu-batu nesan Aceh.

  • KERAJAAN GANGGA NEGARA
Gangga mungkin mengambil sempena nama sungai Ganges di india manakala Negara dalam bahasa Sanskrit bermakna negeri. Jadi Gangga Negara  berarti negeri ditepi sungai. Lokasi Gangga Negara ini, hingga kini masih belum diketemukan dan sebelum ini pun beberapa orang sejarah masih saling mempertikaikannya. Kerajaan Gangga Negara dipercayai telah wujud sekitar abad ke-2 tahun masehi atau mungkin lebih awal dari itu.

Berdasarkan kepada keterangan sejarah melayu, besar kemungkinan lokasi yang dimaksdu itu terletak dalam daerah Dinding (sekrang Manjung) di kawsan selatan Gunung Bubu yaitu arah ke timur bukit segari di tepi tebing sungai Dendang, Beruas. Dari kajian Koopmans (1964) mengenai perubahan alirang sungai Perak, dipercayai sungai Dendan itu pada suatu masa dahulu bercantum dengan sungai Dinding.

Kerajaan Gangga Negara dipercayai berada di pangkalan (Ipoh), Lembah Kinta, Tanjung Rambutan, Bidor dan Sungai Siput yang suatu masa dahulu boleh dihubungi oleh sungai Perak. Karena banyak jumpaan-jumpaan benda purba yang berupa arca-arca Budha (timah adalah salah satu dari bahan adunan untuk membuat arca-arca ini). Kajian yang telah dijalankan ke atas jumpaan-jumpaan  menunjukkan arca-arca Budha ini dianggarkan telah diperbuat kita-kira pada abad ke 7 dan 10 masehi.

Kebanykan ahli sejarah berpendapat bahwa kerajaan Gangga Negara telah musnah akibat serangan Rajendra Chola I dari Coromandel, india iaitu kira-kira dalam tahun 1025-1026 M.

  •  KERAJAN BERUAS
Sepanjang ingatan dan pengetahuan kami nama Beruas mula disebut pada abad ke 15 Manjung bila daerah ditakluk oleh Melaka. Sekali lagi nama Beruas disebut di dalam sejarah melayu apabila raja Beruas pergi menghadap Sultan Mahmud Shah Melaka (1488-1511) di mana raja Beruas telah diberi gelar Tun Aria Bija Diraja. Dan pada masa itu pula Beruas sedang bermusuhan dengan Manjung. Sultan Mahmud Shah tellah mengutus bendahara Paduka Tuan dan suatu angkatan perang untuk membantu Beruas menyerang Manjung. Dengan bantuan dari Melaka, Manjung dapat dikalahkan dan diletakkan dibawah kerajaan Melaka dengan pengawasan dari Beruas.

Menurut buku Suma Oriental yang ditulis oleh Tome Pires. Beruas terdapat banyak perahu pedagang-pedagang. Penduduknya ramai dan kebanyakan mereka menjadikan pertanian sebagai sumber pendapatan mereka. Pedangan-pedangan Beruas dikatakn turut berniaga sampai ke Pasai, Aceh Gurajat, Siam, Kedah dan Benggala.

Tome Pires menyebutkan bahwa disepenjang sungai Beruas itu terdapat dua  buah kampung yang kebanyakan penduduknya terdiri daripada orang melayu. Beruas dan Manjung masih lagi wujud selepas kekalahan Melaka kepada Portugis. Berdasarkan catatan sejarah melayu Tun Aria Bija Diraja (Raja Beruas )telah pergi mengadap Sultan Mahmud Shah yang berundur ke Bentan untuk menyatakan taat setianya. Kali terkahir kita mendengar nama Manjung  disebut ialah berkaitan dengan peristiwa di mana seorang pedagang dari Manjung yang berniaga di Kelang telah bersua dengan Raja Muzaffar, Putera Sultan Mahmud Shah Melaka. Pedagang tersebut telah dilantik menjadi Sultan Perak yang pertama. Baginda telah menjadi Sultan pada tahun 1528 dan bertakhta di Tanah Abang, tidak jauh dari Teluk Bakong sekrang.

Sumber kedua yaitu “riwayat Neferi Perak Darul Ridzuan” pula menyebutkan bahwa selepas kekalahan dan kematian Raja Shah Johan, Beruas telah tiada berpenghuni buat beberapa ketika sehingga datanglah seorang perempuan bernama Mesoka yang berlayar karena dihalau oleh rajanya karena penyakit bengkak lidah dan pelat tutur katanya. Beliau dan pengikutnya sampi di Beruas yang lengang dan terus menerokanya. Mereka yang dulunya lari berkumpul semula dan melantik Mesoka menjadi ketua mereka.

Kemudian dikesahkan pula Tun Saban Ibnu Tan Chendera Panjang Ibni Laksanama Tan Panjang Melaka, keturunan Raja Iskandar Shah pertama Melaka dantang ke Beruas bersama anak dan istrinya melarikan diri dari serangan Portugis pada 1511.

Satu sumber lagi mengatakan bahwa Beruas telah diterokai oleh orang-orang Aceh yang diketahui oleh Sultan Malik Al Mansur (Jalil Miran, 1986: 2) “raja-raja dari Pasai” ada menyatakan bahwa yang menjadi penguasa pertama kerjaan melaui Beruas di Perak ialah orang-orang Aceh beragama islam.


 **Diambil dari buku karangan OTHMAN MOHM.YATIM & NIK HASAN SHUHAIMI NIK ABD. RAHMAN dengan judul BERUAS


Bandar Cassia

0 Response to "SEJARAH KERAJAAN KUNO DI PERAK, MALAYSIA"

Post a Comment

silahkan memberikan masukan dan tanggapan yang sopan ya guys

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel